Ceria dan Riang Gembira

Jika kita mempelajari ajaran-ajaran Rasulullah s.a.w. yang tedapat dalam kitab-kitab hadith, kita akan mendapatkan bahawa sikap ceria, gembira dan berucap kata yang baik adalah sikap-sikap yang sangat dianjurkan di saat kita bermuamalah dengan orang lain.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh sahabat Abū Dhar r.a. disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

لَا تَحْقِرَنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلِيقٍ

Maksudnya: “Jangan sesekali kalian menganggap remeh suatu amal kebajikan, walaupun hanya berupa menunjukkan sikap ceria pada wajah ketika kamu bertemu dengan kawanmu.” (H. R. Muslim).

Dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh sahabat ‘Adī bin Hātim r.a., Rasululllah s.a.w. bersabda:

اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ

Maksudnya: “Lindungilah diri kalian dari neraka meskipun hanya dengan (menyedekahkan) sebiji kurma, apabila tidak mempunyainya maka cukup dengan ucap kata yang baik.”  (H. R. al-Bukhārī dan Muslim).

Mengucapkan kata-kata yang baik dan berwajah ceria ketika bertemu dengan orang lain sangat dianjurkan oleh agama, kerana dengan sikap tersebut akan terbina rasa cinta dan persaudaraan di hati setiap Mukmin. Dengan sikap seperti itu juga bererti kita telah memenuhi firman Allah s.w.t. dalam surah al-Hijr, 15: 88, yang ertinya: “Dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman.”

Dapat disimpulkan bahwa, membicarakan hal-hal yang baik bersama orang lain termasuk sedekah, begitu juga sikap ceria di hadapan orang lain, ia juga termasuk sedekah. Uraian ini menunjukkan bahawa maksud daripada istilah sedekah dalam agama Islam sangat luas sekali, termasuk di dalamnya bermuka ceria dan senyum. Instrumen sedekah tidak hanya terbatas pada harta semata.

Dalam kehidupan sehari-hari, Rasulullah s.a.w. tidak pernah bermuka masam atau cemberut. Wajah Beliau selalu terlihat ceria dengan hiasan senyum di bibirnya.

Senyum dan gelak tawa adalah salah satu kecenderungan semula jadi manusia yang sangat bermanfaat, tidak hanya bagi diri sendiri namun juga bagi masyarakat luas.

Orang Arab menyukakan dengan hal-hal yang lucu. Mereka sangat senang dengan orang-orang yang berlapang dada, ramah dan menyenangkan dalam berbicara. Sehingga banyak di antara mereka yang memberi nama anaknya dengan sebutan Al-Dahhāk yang ertinya orang yang senang tertawa, Bassām ertinya orang yang suka tersenyum, Talīq yang ertinya orang yang ceria, Basyīr, Jadhlān, atau Farhān yang ketiga kata tersebut bermaksud orang yang riang gembira.

Orang Arab juga menyukakan utnuk memuji seseorang dengan sebutan Dahūk al-Sinn yang ertinya orang yang suka bergelak sehingga kelihatan putih giginya, Bassām al-‘Asyiyyāt yang ertinya orang yang suka tersenyum sehingga matanya kelihatan sipit atau drngan Hasysyun ilā al-Duyūf yang bererti orang yang sangat gembira apabila tetamu datang. Begitu juga sebaliknya, ketika mencela orang lain mereka selalunya menggunakan ungkapan, ‘Abūs yang bererti orang yang bermuka kusam (masam), Kālih yang ertinya orang yang bermuka muram atau dengan Qatūb, ertinya orang yang bermuka masam.[1]

Baginda Rasulullah s.a.w. adalah seorang manusia yang berhati bersih, penyabar, pemaaf, bijak, lapang dada, zuhud, rendah hati, penuh kasih sayang dan perilakunya selalu menyejukkan mata dan jiwa. Semoga kasih sayang dan keselamatan dari Allah selalu tercurahkan kepada Beliau s.a.w..

Jika baginda Rasulullah s.a.w. mempunyai sfat-sifat agung sebagiamana disebutkan di atas, maka tidak menghairankan apabila Beliau juga terkadang suka bercanda atau bersenda gurau dengan keluarga dan sahabat-sahabatnya. Kadang-kadang juga, Beliau merasa terhibur dengan senda gurau para sahabat yang berjuang bersamanya. Apa yang dikatakan oleh sayyidah ‘Ā’isyah r.a. bahwa: Jika Rasulullah dihadapkan pada dua perkara, maka Beliau memilih yang teringan dari keduanya, sangat tepat untuk menggambarkan keperibadian Rasulullah berkenaan dengan perbincangan kita kali ini.

Isteri Beliau ini juga berkata: Jika Rasulullah s.a.w. berada di rumah, dialah orang yang paling murah senyum dan tawa.

Imam ‘Alī bin Abī Tālib k.w. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. selalu kelihatan ceria, tenang dan santai, banyak tersenyum di hadapan para sahabat, semangat dan kagum dengan pembicaraan mereka, bahkan Beliau kadang-kadang tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.[2]

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Nabi adalah orang yang murah senyum dan berhati bersih.[3] Sebahagian sahabat mengatakan bahawa gelak tawa Nabi hanya sebatas tersenyum, namun sebahagian yang lain mengisahkan bahawa kadang-kadang Beliau tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya. Namun yang jelas, di saat tertawa, Beliau selalu menutup mulutnya dengan telapak tangan.[4]

Beliau juga berpesan kepada para sahabat untuk sesekali merilekskan jiwa dan hati. Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Beliau bersabda: “Istirahatkanlah hati kalian sesaat demi sesaat, kerana apabila hati telah tumpul (lelah) maka ia akan buta.”

Pada kesempatan yang lain, Beliau juga bersabda: “Orang yang tidak gembira dan tidak membuat orang lain gembira, adalah orang yang tidak memiliki kebaikan.”[5]

Dalam kitab al-Musnad, Imam Ahmad meriwayatkan sebuah kisah tentang sahabat Hanzalah r.a. yang bercerita: Pada suatu kesempatan, kami bersama Rasulullah s.a.w. (dalam satu majelis). Waktu itu, Beliau memberi wasiat kepada kami sehingga hati kami tersentuh, mata kami berlinang air mata dan kami menyedari siapakah diri kami yang sebenar. Kemudian saya pulang ke rumah. Setelah sampai di rumah, isteriku mendekat, dan kami pun terbuai dengan perbincangan masalah duniawi, dan melupakan apa yang telah kami rasakan sewaktu bersama Rasulullah saw.. Kemudian saya tersedar dan muncul perasaan di hati bahawa saya telah melakukan kemunafikan, perasaan takut dan kelembutan  hati yang mulanya terasa di majelis Rasulullah s.a.w. telah berubah. Kemudian saya keluar rumah dan berteriak, “Hanzalah telah melakukan kemunafikan.” Kemudian saya menghadap Rasul dan berkata di hadapan Beliau. “Hanzalah telah melakukan kemunafikan.” Mendengar perkataanku tersebut, Rasulullah s.a.w. berkata: “Tidak. Hanzalah tidak melakukan kemunafikan.” Kemudian saya berkata: Wahai Rasulullah saw.. Ketika kami bersamamu dan mendengarkan mauizah-mauizahmu, hati kami bergetar, mata kami berlinang dan kami mengetahui siapakah diri kami ini yang sebenar, kemudian saya pulang ke rumah dan membincangkan masalah dunia sehingga kami lupa apa yang telah kami rasakan sewaktu bersamamu. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Wahai Hanzalah, kalaulah kamu berada dalam kondisi seperti itu terus menerus, maka Malaikat akan menjabat tanganmu di jalan dan di pembaringanmu. Tapi Hanzalah, (hendaknya keadaan seperti itu muncul) sesaat demi sesaat (sahaja).”

Rasulullah s.a.w. adalah orang yang suka bercanda dengan anak kecil. Apabila berada di rumah, Beliau adalah orang yang paling riang dibandingkan dengan orang-orang serumah Beliau.

Kadang-kadang Beliau melontarkan canda-canda ringan yang memikat, namun tetap dalam batas-batas yang wajar dan tidak mengandung unsur kebohongan. Kerananya canda-canda Beliau kebanyakan berupa kiasan dan permainan kata-kata. Beliau bersabda: “Saya memang bercanda, namun yang saya katakan adalah kebenaran.”[6]

Terdapat sebuah canda ringan dan menarik yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap seorang wanita. Suatu hari terdapat seorang wanita datang menghadap Rasulullah dan berkata: Wahai Rasulullah. Bantulah aku untuk menaiki unta. Rasul menjawab: “Saya akan membantu kamu menaiki anak unta.” Wanita itu pun terhairan-hairan, dan bertanya: “Apa yang dapat saya perbuat dengan anak unta? Anak unta tidak mungkin membawaku?” Rasulullah pun menjawab: “Bukankah setiap unta itu asalnya anak unta?”

Pada kesempatan yang lain, ada seorang wanita tua dari kaum Ansar menghadap Rasulullah s.a.w. dan berkata: Wahai Rasulullah. Saya mohon engkau berdoa kepada Allah agar supaya saya masuk surga? Rasul menjawab: “Tidakkah kamu mengetahui bahawa surga tidak dihuni oleh orang-orang yang sudah tua?” Mendengar sabda Rasulullah ini, wanita tersebut menangis. Melihat hal ini, Rasulullah tersenyum dan bersabda: “Bukankah kamu pernah membaca firman Allah s.w.t. yang ertinya: “Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (wanita-wanita penghuni surga) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya.”[7]

Sahabat Anas bin Mālik r.a. adalah pembantu Rasulullah saw.. Kedudukannya yang sangat dekat dengan Rasul ini, menyebabkan ia banyak meriwayatkan hadith dari Beliau termasuk hadith yang berkenaan dengan canda Beliau.

Di antara hadith yang diriwayatkan oleh sahabat Anas r.a. adalah sebagai berikut: Pada suatu hari, sebahagian sahabat duduk bersama Rasulullah s.a.w. di rumah ‘Ā’isyah. Kemudian sebuah  talam (yang berisi makanan) didatangkan dari rumah Umm Salamah dan ditaruh di depan Rasulullah saw.. Rasul mempersilahkan sahabat untuk mengambil hidangan yang ada di nampan tersebut. Setelah Beliau mengambil, kami turut mengambil dan kami pun makan bersama-sama. Sementara itu, ‘Ā’isyah sedang tergesa-gesa membuat makanan. Dia mengetahui bahawa talam Umm Salamah telah berada di tengah-tengah tetamu. Setelah selesai membuat makanan, ‘Ā’isyah datang dan meletakkan makanan itu (di tengah-tengah kami), dan mengambil talam milik Umm Salamah, kemudian memecahkannya. Rasulullah s.a.w. besabda: “Makanlah kalian dengan meyebut asma Allah dari talam ‘Ā’isyah. Ibu kalian sedang cemburu.” Setelah selesai, Rasulullah memberikan talam ‘Ā’isyah kepada Umm Salamah dan bersabda: “Makanan diganti makanan dan tempat (talam) diganti tempat  (talam).”[8]

Pada duatu hari dengan maksud bercanda, Rasulullah s.a.w. memanggil Anas r.a. dengan kalimat: “Wahai orang yang punya dua telinga!” Ungkapan Rasul ini benar adanya, kerana yang Beliau maksud adalah memang dua telinga yang dimiliki oleh Anas r.a.. Namun maksud utama Beliau adalah memuji kecerdasan sahabat Anas r.a. kerana kedua telinganya selalu digunakan sebagaimana mestinya.

Anas r.a. mempunyai saudara bernama ‘Umair. Dia mempunyai semacam burung emprit yang bernama burung “Nughar” yang masih kecil. ‘Umair senang bermain-main dengan burung kecilnya itu. Namun suatu ketika burung itu mati, dan ‘Umair menghadap Rasulullah dengan raut muka yang sedih. Rasul bertanya kepada para sahabat: “Apa yang berlaku dengan ‘Umair?” salah seorang dari mereka menjawab: Burung “Nughar”-nya telah mati. Rasulullah pun berkata kepada ‘Umair: “Wahai ‘Umair, apa yang telah dilakukan oleh Nughair?” dengan menggunakan sighah tasghir (sehingga kata tersebut mengandung erti kecil), iaitu dengan merubah kata “Nughar” (burung “Nughar” besar) menjadi “Nughair” (burung “Nughair kecil), sehingga seirama dengan nama ‘Umair.

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. berkata kepada seorang wanita dari kaum Ansar: “Cepatlah susul suamimu. Di kedua matanya terdapat (bintik) putih!” Dengan rasa khawatir, wanita itu pun bergegas menyusul suaminya. Setelah bertemu dengan suaminya, sang suami bertanya: Kenapa kamu ini? Wanita itu menjawab: “Rasulullah s.a.w. memberitahuku bahawa di kedua matamu ada (bintik) putih).  Sang suami pun berkata: “Memang benar di kedua mataku terdapat (bintik) putih, tetapi bukan kerana sakit.” 

Rasulullah s.a.w. selalu ceria apabila bertemu sahabat-sahabatnya, saling tukar cerita dan bercanda. Ada seorang sahabat yang bernama Zuhair. Dia menyukakan utnuk memberi hadiah barang-barang pilihan yang ia peroleh dari kampung kepada Rasulullah saw.. Sebagai pengantinya, Rasulullah juga sering memberikannya hadiah berupa barang-barang pilihan dari kota.

Pada suatu hari Rasulullah mendapatinya sedang berdiri di pasar. Kemudian Rasul mendatanginya dari arah belakang dan menyekapnya dari belakang. Zuhair merasa bahawa yang menyekap adalah Rasulullah s.a.w., karenanya dia menekan punggungnya ke dada Beliau,  dengan maksud supaya mendapat berkah dari Rasulullah. Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Siapa yang hendak membeli hamba sahaya ini?” Zuhair pun berkata: Wahai Rasul, bererti Engkau menganggapku barang yang tidak laku. Rasul menjawab: “Tetapi kamu di hadapan Allah bukanlah barang yang tidak laku.”[9]


[1]  Lihat al-Fakāhah fi al-Adab, karya Dr. Ahmad al-Hauqī (hal. 20).
[2]  Ihyā’ Ulūm al-Dīn (2/325).
[3]  Kanz al-‘Ummāl (4/27).
[4]  Kanz al-‘Ummāl (4/28).
[5]  Nihāyah al-Irb, (4/1).
[6]  Ibid, (4/2).
[7] Surah al-Wāqi‘ah, 56: 35-37.
[8]  Lihat Syarh al-Zarqānī, (4/270).
[9]  Al-Mawāhib al-Laduniyah, (hal. 144).
Pos ini dipublikasikan di Uncategorized dan tag , , , , . Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s