Sikap Murah Hati dan Menjamu Tetamu Dengan Baik

Nabi menganjurkan kita untuk bermurah hati kepada siapapun, Beliau juga menyuruh kita menjamu tetamu dengan baik. Dua akhlak mulia ini merupakan bukti kesempurnaan iman seseorang. Sebaliknya, sifat kikir dan bakhil dikategorikan Nabi sebagai sifat tercela yang harus dijauhkan.

Orang yang murah hati akan disukakan masyarakat dan dicintakan oleh Allah s.w.t.. Dia akan mendapatkan curahan rahmat dan ampunan, rezekinya dilapangkan dan kehidupannya tenteram serta sejahtera. Di antara hadith yang menganjurkan akhlak-akhlak mulia ini adalah hadith yang diriwayatkan oleh Abū Hurairah, bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

Maksudnya: “Sesiapa beriman kepada Allah s.w.t.  dan hari akhir, hendaknya dia memuliakan tetamunya. Sesiapa beriman kepada Allah s.w.t.  dan hari akhir, hendaknya dia menyambung hubungan silaturrahim. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaknya dia berkata yang baik, atau (kalau tidak dapat berkata baik) hendaknya diam (sahaja).” (H. R. al-Bukhārī dan Muslim).

Di samping itu ada juga hadith yang diriwayatkan oleh sahabat Syuraikh Khuwailid bin ‘Amr r.a. yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ جَائِزَتُهُ يَوْمٌ وَلَيْلَةٌ وَالضِّيَافَةُ ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ فَمَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ صَدَقَةٌ وَلَا يَحِلُّ لَهُ أَنْ يَثْوِيَ عِنْدَهُ حَتَّى يُحْرِجَهُ

Maksudnya: “Sesiapa beriman kepada Allah s.w.t.  dan hari akhir, hendaknya dia memuliakan tetamunya. Kewajiban menjamu tetamu (dengan sajian istimewa) adalah sehari semalam, dan jamuan para tetamu itu (hendaknya disajikan) selama tiga hari. Adapun (jamuan yang diberikan) setelah itu maka termasuk sedekah. Dan orang yang bertamu (berkunjung) tidak boleh membuat tuan punya rumah melakukan perbuatan dosa.” (H. R. al-Bukhārī, Muslim, Abū Dāwud, al-Tirmidhī, Ibn Mājah dan Mālik).

Di sisi lain, Islam sangat membenci sikap kikir dan bakhil. Hal ini tampak dalam doa Rasul s.a.w. yang diriwayatkan oleh sahabat Anas r.a.:

أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْبُخْلِ وَالْكَسَلِ وَأَرْذَلِ الْعُمُرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ

Maksudnya: “Ya Allah. Saya mohon perlindungan kepada-Mu dari sifat kikir dan malas, juga dari pikun, azab kubur dan cobaan semasa hidup dan setelah mati.” (H. R. Muslim).

Hadith lain yang menyinggung masalah kikir adalah hadith yang diriwayatkan oleh sahabat Jabir r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

اتَّقُوا الظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاتَّقُوا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ

Maksudnya: “Waspadalah terhadap sikap zalim, kerana kezaliman akan menjadi kegelapan di hari kiamat. Waspadalah terhadap sifat kikir, kerana sifat kikir adalah sifat yang telah menghancurkan umat-umat sebelummu. Sifat ini mendorong mereka tega melakukan pembunuhan dan menikahi mahram-mahramnya sendiri.” (H. R. Muslim).

Dari dua hadith ini dan juga hadith-hadith yang lain, kita dapat menyimpulkan bahawa akhlak yang paling tercela dalam Islam adalah kikir dan takut (miskin). Hal ini juga dipertegas oleh firman Allah s.w.t. dalam surah al-Taghābun, 64: 16, yang ertinya: “Dan sesiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

Murah hati dan sikap dermawan merupakan dua sifat yang sudah menjadi tradisi kuat dalam kehidupan umat Islam. Dua sifat ini merupakan  sebahagain kecil dari akhlak-akhlak mulia umat Islam yang dapat dirasakan dalam kehidupan sehari-hari. Bermodal dua akhlak ini maka kehidupan suatu masyarakat akan menjadi damai, sejahtera dan makmur penuh semangat kebersamaan dan persaudaraan.

Dari sekian banyak macam pen-tatbīq-an sifat murah hati, ada satu hal yang banyak dilihat oleh hadith Nabi, iaitu bermurah hati kepada tetamu dengan cara menyambut dan menjamunya dengan baik. Bahkan sikap seperti itu ditetapkan sebagai indikator kedalaman iman seorang Muslim. Dengan didasari prinsip kasih sayang dan kemuliaan Islam, Rasulullah s.a.w. menetapkan beberapa aturan untuk mengormati tetamu. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh sahabat Abū Sa‘īd al-Khudrī, Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Sesiapa beriman kepada Allah s.w.t.  dan hari akhir, hendaknya dia memuliakan tamunya.” Beliau mengucapkan kalimat ini sebanyak tiga kali. Kemudian para sahabat bertanya: “Bagaimana cara memuliakan tetamu, wahai Rasulullah?” Rasul menjawab: “Iaitu (dengan cara memberi jamuan kepada mereka) selama tiga hari. Adapun penghoramatan atau jamuan yang diberikan setelah itu adalah termasuk sedekah.” (H. R. Ahmad, Abū Ya‘lā dan al-Bazzār).      

Dalam bahasa Arab, kemurahan hati disebut dengan istilah “al-Karam”. Kata ini mempunyai erti memberikan harta berharga yang dimiliknya dengan penuh kerelaan hati, atau membelanjakan harta yang dimiliknya untuk kebaikan.

Dalam kitab al-Syifā’, Qādī Iyād menyatakan bahawa kata al-Karam, al-Jūd dan al-Sakhā’ mempunyai erti yang hampir sama (mirip). Namun sebahagian ulama menegaskan bahawa ketiga kata tersebut mempunyai perbezaan erti dan penggunaan. Bagi yang menyokong pendapat ini, maka mereka mengertikan al-Karam dengan memberikan harta secara suka rela dan tidak disertai dengan kekhawatiran. Al-Sakhā’ diertikan dengan suka memberikan harta kepada pihak lain dan tidak senang melakukan pekerjaan-pekerjaan yang tidak terpuji. Dengan demikian erti kata al-Sakhā’ merupakan antonim (lawan kata) dari kata al-Taqtīr (kikir). Sedangkan kata al-Jūd bererti merelakan sepenuh hati harta yang dimiliknya yang berada di tangan orang. Sehingga kata al-Jūd merupakan antonim (lawan kata) dari kata al-Syikāyah (perasaan menyesal dan dongkol).[1]

Namun kitab al-Ma‘ājim al-Lughawiyyah tidak menjelaskan perbezaan penggunaan ketiga kata tersebut. Bahkan sebaliknya kitab ini menegaskan bahawa tiga kata tersebut mempunyai erti yang sama.

Al-Qur’an sangat menganjurkan sikap kedermawanan dan kemurahan hati. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Āli Imrān, 3: 92, yang ertinya: “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.    

Di lain ayat ditegaskan: “Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan memperlipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.”  (al-Baqarah, 2: 245).    

Di sisi lain al-Qur’an mengecam sikap kikir dan bakhil. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Āli Imrān, 3: 180, yang ertinya: “Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat.”

Pada ayat lain, Allah juga berfirman: “Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih, pada hari dipanaskan emas perak itu di dalam neraka Jahannam, lalu dibakarnya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: ‘Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan’.” (al-Taubah, 9: 34-35).       

Sejarah mencatat bahawa bangsa Arab terkenal sebagai bangsa yang dermawan. Masyarakat Arab senang berlomba-lomba menjadi orang yang paling murah hati. Kedermawanan menjadi kebanggan dan menjadi modal keberanian mereka menghadapi orang lain. Bahkan apabila kita mau mengamati sya‘ir-sya‘ir Arab maka kita akan menemukan banyaknya pembahasan tentang kedermawanan dan kemurahan hati mereka, terutama kemurahan hati kepada tetamu.

Sebaliknya, bangsa Arab sangat membencikan terhadap kebakhilan, sebagaimana mereka juga benci terhadap sikap penakut. Dapat dikatakan bahawa orang kikir dan penakut adalah orang-orang tersisihkan (marginal) di kalangan bangsa Arab.

Jika kita perhatikan sya‘ir-sya‘ir Arab maka akan kita dapatkan betapa bencinya orang Arab terhadap kekikiran dan sikap pengecut ini. Kedua sifat ini selalu disertai dengan atribut-atribut kehinaan yang sangat rendah.

Membahas masalah kedermawanan dan kemurahan hati kepada tetamu, Rasulullah adalah teladan utama yang harus menjadi panutan. Kedermawanan sudah menjadi ciri khas (kakarakter) yang melekat dengan peribadi Beliau. Kemurahan hatinya bukan didorong oleh keinginan menyombongkan diri atau untuk dipuji, namun sikap mulia ini Beliau lakukan atas dasar keikhlasan untuk mendapatkan keredaan Allah s.w.t..

Beliau sangat perhatian terhadap anak yatim dan fakir miskin. Beliau sering memberi bantuan kepada umat islam yang miskin yang tidak mampu bekerja atau yang hartanya habis kerana untuk mendanai perjuangan fi sabīlillah. Kadang-kadang kedermawanannya sampai pada taraf mengalahkan kepentingan peribadi dan keluarganya. Beliau terkadang memberikan sesuatu kepada seorang fakir padahal sebenarnya Beliau sangat memerlukan barang tersebut. Beliau dapat melakukan hal ini kerana hatinya dihiasi dengan kesabaran dan disinari dengan sikap zuhud. Hatinya tidak terikat dengan masalah keduniaan. Al-Qur’an menegasakan bahawa sikap al-Īthār (lebih mementingkan orang lain) adalah sikap kedermawanan tertinggi dari bentuk-bentuk kedermawanan lainnya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Hasyr, 59: 9, yang ertinya: “Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu).”

Diceritakan oleh sayyidah ‘Ā’isyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah merasa kenyang dalam waktu tiga hari secara berturut-turut. Keadaan ini Beliau alami sehingga akhir hayatnya. “Sebenarnya kalau kami mau,” kata ‘Ā’isyah,  “kami akan kenyang tiap hari, namun kami lebih mementingkan orang lain daripada diri kami sendiri.”[2]

Meski kehidupan Rasulullah s.a.w. sangat sederhana, namun dalam masalah bersedekah, Rasulullah sangat perhatian sekali. Beliau selalu berusaha mengeluarkan bantuan atau sedekah sesuai dengan kemampuannya. Rasulullah selalu menganggap kecil harta yang disedekahkannya, padahal jumlahnya sangat besar. Setiap kali ada orang yang meminta bantuan kepadanya, Beliau pasti memberi apa yang ia punya. Beliau tidak pernah menolak permintaan siapapun.

Suatu hari datang seseorang meminta bantuan kepada Rasulullah s.a.w.. Kemudian Beliau memberinya sejumlah domba yang memenuhi padang di antara dua gunung. Lalu orang itu  kembali ke kaumnya dan berkata: “Masuk islam lah kalian. Sesungguhnya Muhammad tidak takut kekurangan (fakir) di saat memberi bantuan.” 

Di lain hari Beliau diberi hadiah uang sebanyak sembilan puluh ribu dirham. Kemudian Beliau meletakkan uang itu di atas tikar dan membagikannya kepada orang-orang yang datang kepadanya sehingga habis.

Di tengah perjalanan pulang dari Hunain, Rasulullah s.a.w. di datangi oleh beberapa orang dari perkampungan Arab. Mereka meminta harta kepada Nabi, dan mendorongnya sehingga Nabi tersandar di pokok kurma. Mereka merebut pakaian Nabi. Lalu Nabi berdiri dan berkata: “Kembalikan pakaianku. Kalau seandainya saya mempunyai haiwan piaraan sejumlah pokok (rumput) yang ada digurun ini saya akan membagikannya kepada kalian. Kalian tidak akan mengenalku sebagai orang bakhil, pembohong dan tidak pula penakut.” (H. R. Muslim).

Masih banyak cerita lain tentang kemurahan hati Rasul s.a.w.. Di antaranya adalah, pada suatu hari Beliau diberi sejumlah uang dari Bahrain. Rasul berkata kepada para sahabat: “Taruhlan (uang itu) di masjid!” Uang yang diberiikan itu termasuk uang terbanyak yang pernah diterima oleh Nabi. Kemudian Rasul keluar rumah menuju masjid untuk melakukan salat berjamaah. Beliau sama sekali tidak mempedulikan uang tersebut. Setelah selesai salat, Belaiu menuju tempat di mana uang itu diletakkan dan duduk di sampingnya. Setiap kali melihat ada orang yang berlalu,  Beliau memberinya uang sehingga tiada satu dirham pun yang tersisa.

Saking dermawannya, Rasulullah s.a.w. tidak pernah menolak orang  yang meminta kepadanya dengan alasan sedang tidak mempunyai uang. Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. kedatangan seorang tetamu yang meminta bantuan kepadanya. Kemudian Rasul berkata: “Saya sedang tidak mempunyai apa-apa. Jual lah sesuatu dan saya yang akan menanggung  (barang itu kembali kepadamu lagi). Jika saya sudah mempunyai uang saya akan mengganti biaya barangmu (yang kamu jual itu).”

Melihat hal ini sahabat ‘Umar berkata, “Wahai Rasul. Kamu sudah pernah memberinya bantuan sebelum ini. Allah tidak membebanimu dengan hal  yang kamu tidak kuasa menanggungnya.” Rasul kurang senang dengan usulan ‘Umar ini. Kemudian ada seorang Ansar yang berkata: “Wahai Rasul. Teruslah memberi nafkah. Jangan khawatir, Tuhan pemilik ‘Arsy tidak akan membuatmu kekurangan.” Mendengar ucapan ini Rasulullah s.a.w. tersenyum dan tampak ada kegembiraan terpancar dari wajah mulianya. Kemudian Beliau berkata: “Sikap seperti inilah, yang diperintah kepada saya untuk melakukannya.”[3]

Rasulullah s.a.w. selalu bersikap murah hati kepada siapapun, kepada lelaki, perempuan dan juga kepada budak-budak kecil.

Sahabat Jābir r.a. berkata: “Ketika Rasulullah s.a.w. sedang duduk, ada anak  kecil datang menghampiri dan berkata kepadanya: ‘Sesungguhnya ibuku meminta pakaian darimu’. Rasul menjawa:, ‘Nanti sebentar lagi, ketika siang datang kamu datang ke sini lagi.’

Anak kecil itu kembali menghadap ibunya. Dan ibunya berkata kepadanya: “Kembalilah kamu kepada Rasul dan berkatalah kepadanya: ‘Ibuku meminta baju yang kamu kenakan’” Anak itu pun kembali kepada Rasul dan menyampaikan keinginan Ibunya. Rasul kemudian masuk ke dalam rumah, melepas pakaian yang dikenakannya dan memberikannya kepada anak kecil itu. Saat itu waktu salat telah tiba. Bilal sudah selesai mengumandangkan azan dan kaum muslimin menunggu Rasul mengimami salat. Namun Rasul tidak kunjung keluar kerana masih berbenah diri sebab bajunya diberikan kepada anak kecil itu.[4]

Pada waktu lain, datang seorang wanita dengan membawa pakaian yang akan dihadiahkan kepada Nabi. Waktu itu Nabi memang sedang memerlukan sebuah baju, kerananya Beliau menerima hadiah baju tersebut. Tidak lama kemudian ada seorang sahabat yang berkata: “Wahai Rasul, sungguh indah baju ini, saya mohon kamu memberikannya kepadaku?” Rasul menjawab: “Ya. ambillah.”

Setelah Rasul s.a.w. meninggalkan tempat tersebut, para sahabat yang lain memarahkan seorang sahabat yang meminta baju tersebut dari Nabi sambil berkata: “Tidakkah kamu mengetahui Rasulullah sedang memerlukan baju itu, dan Beliau tidak ingin menolak permintaan orang yang meminta kepadanya !?”

Aqrā’ bin Habis memberi seratus unta kepada Nabi, begitu pula dengan ‘Uyainah. Kemudian datang ‘Abbās bin Murdas seraya berkata:

أَتَجْعَلُ نَهْبِى وَنَهْبَ الْعَبِيْدِ #  بَيْنَ عُيَيْنَة وَالْأَقْرَع

وَمَا كَانَ حِصْنٌ وَلَا حَابِسُ # يَفُوقَانِ جِدِّّى فِى مَجْمَع

وَمَا كُنْتُ دُوْنَ امْرِئ مِنْهُمَا # وَمَنْ تَضَعُ الْيَوْمَ لَا يُرْفَع

Apakah kamu menetapkan bahagian ghanimah untukku dan untuk # kuda perangku di bawah bahagian ‘Uyainah dan Aqrā’

Mereka bukanlah benteng, bukan pula tentara penjaga perbatasan # yang mengugguli kesungguhanku dalam pasukan

Aku juga bukan orang yang lebih rendah apabila dibanding dengan dia # Siapa yang engkau rendahkan hari ini, tidak akan pernah mulia.

Mendengar sya‘ir ini, Rasulullah s.a.w. berkata kepada Abū Bakar: “Wahai Abū Bakar. Hentikan ucapan ‘Abbās. Berilah dia seratus unta.

Jābir bin ‘Abdullāh mengisahkan perjalanannya bersama Rasulullah s.a.w. menuju kota Najd tepatnya daerah Ghatfān: “Saya pergi bersama Rasulullah s.a.w., Waktu itu saya naik unta yang jalannya lambat. Ketika kembali dari perjalanan, rombongan yang bersamaku melaju cepat dan saya tertinggal. Kemudian Rasul menemuiku yang tertinggal rombongan, kemudian Beliau bertanya kepadaku: ‘Ada apa denganmu wahai Jābir?’ Saya menjawab:’Unta saya berjalan lambat, Rasul. Kemudian Rasul berkata kepadaku: ‘Suruhlah untamu menderum’. Saya penuhi permintaan tersebut, dan Rasul juga menyuruh untanya menderum. Rasul meminta tongkat yang aku pegang. Lalu Rasul menggunakan tongkat itu untuk menggerak-gerakkan untaku. Setelah merasa cukup, Rasul menyuruhku supaya saya menaiki untaku. Kemudian saya menaikinya dan unta tersebut berlari kencang sehingga mendahului unta Rasul s.a.w.. kemudian saya berbincang-bincang dengan Beliau dan Beliau bertanya kepadaku: ‘Apakah kamu mau menjual unta itu kepadaku wahai Jābir.’ ‘Tidak Rasul. Saya akan menghadiahkannya kepadamu.’ Rasul kembali berkata: ‘Tidak, kamu jual saja kepadaku.’ ‘Baik’, kataku, ‘Sekarang kamu menawar berapa?’ tanyaku. Rasul menjawab: ‘Satu dirham.’ ‘Saya tidak mau.’ Kataku. Kemudian Rasul menaikkan harganya menjadi dua dirham. Namun saya tetap menolak. Rasul terus menaikkan harganya sehingga sampai pada harga satu uqiyah. Kemudian saya berkata: ‘Kamu rela dengan harga itu, wahai Rasul?’ Rasul menjawab, ‘Ya, saya rela.’

Pada pagi harinya saya membawa untaku itu ke depan pintu rumah Rasulullah s.a.w.. Saya kemudian duduk di masjid dekat pintu rumah Rasul. Ketika Rasul keluar rumah, Beliau melihat ada seekor  unta, lalu bertanya kepada para sahabat, ‘Apa ini?’ ‘Unta yang dibawa Jābir wahai Rasul.’ Jawab para sahabat. Rasul bertanya lagi, ‘Di mana Jābir?’ Lalu saya dipanggil menghadap Rasul dan Beliau berkata kepadaku: ‘Wahai putera saudaraku, bawalah kembali untamu itu. Unta itu menjadi milikmu.’ Kemudian Beliau memanggil Bilāl dan berkata: ‘Wahai Bilāl, berikan uang sebesar satu uqiyah ini kepada Jabir.’ Saya membawa kembali unta itu dan juga uang sebanyak satu uqiyah beserta sedikit tambahan dari Nabi.[5]

Pada suatu hari al-Rabī‘ binti Mu‘awwidh datang kepada Rasul dengan membawa nampan penuh dengan kurma dan buah-buahan. Ketika hendak pulang Rasul memberinya perhiasan dan emas sebanyak cakupan telapak tangan Beliau. Hal ini kerana (sebagaimana dikatakan oleh ‘Ā’isyah) setiap Rasulullah s.a.w. menerima hadiah, Beliau memberi balasan kepada orang yang memberinya hadiah itu.

Rasulullah s.a.w. sangat senang apabila ada hidangan yang dimakan bersama-sama. Semakin banyak orang yang bergabung, Rasulullah s.a.w. semakin senang. Jika bulan Ramadhan tiba, tiada satupun hidangan yang disimpan oleh Rasul di dalam rumahnya. Belaiu adalah orang yang paling dermawan dan murah hati.

Pada pembahasan terdahulu kami telah menyinggung kedermawanan Nabi Muhammad sebelum Beliau diangkat menjadi Rasul. Kedermawanan Beliau tampak dari ucapan sayyidah Khadījah ketika berkata kepadanya di saat Beliau pertama kali menerima wahyu: “Kamu ini orang yang suka menyambung hubungan persaudaraan, perkataanmu selalu jujur, selalu menyampaikan amanah, menanggung keperluan orang-orang yang papa, memberi hidangan kepada tetamu dan membantu orang-orang yang memerlukan bantuan.”[6]

Ada seorang sahabat bertanya kepada Nabi: “Sedekah yang bagaimanakah yang paling utama? Rasul menjawab:

أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ حَرِيصٌ تَأْمُلُ الْغِنَى وَتَخْشَى الْفَقْرَ وَلَا تُمْهِلْ حَتَّى إِذَا بَلَغَتْ الْحُلْقُومَ قُلْتَ لِفُلَانٍ كَذَا وَلِفُلَانٍ كَذَا وَقَدْ كَانَ لِفُلَانٍ

Maksudnya: “Iaitu sedekah yang kamu berikan di saat kamu dalam keadaan sihat dan masih mempunyai semangat tinggi, masih mempunyai harapan untuk kaya dan khawatir miskin. Jangan kamu menunda-nunda (memberi sedekah) sehingga nyawa sampai tenggorokan dan kamu baru berkata, fulan mendapat bagian sekian, fulan mendapat bagian sekian dan yang ini untuk si fulan.” (H. R. al-Bukhari).

Ada seorang lagi yang bertanya: “Amalan-amalan Islam yang bagaimanakah yang paling baik? Rasul menjawab:

تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ

Maksudnya: “Berikanlah makan, ucapkanlah salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang tidak kamu kenal.”

Rasulullah s.a.w. juga pernah berkata kepada Asmā’ binti Abū Bakar r.a.:

أَنْفِقِي وَلَا تُحْصِي فَيُحْصِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَلَا تُوعِي فَيُوعِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ

Maksudnya: “Berinfaqlah. Janganlah kamu menghitung-hitung (hartamu (kikir)), nanti Allah akan menghitung (kejelekan-kejelekan)mu. Jangan pula kamu menyembunyikan (hartamu), nanti Allah akan menyimpan (kejelekan-kejelekanmu untuk kemudian dibeberkan di hari akhir).”[7]

Rasulullah s.a.w. juga menerangkan perbandingan antara dermawan dengan orang yang kikir. Beliau bersabda:

السَّخِيُّ قَرِيبٌ مِنْ اللَّهِ قَرِيبٌ مِنْ النَّاسِ قَرِيبٌ مِنْ الْجَنَّةِ وَالْبَخِيلُ بَعِيدٌ مِنْ اللَّهِ ب بَعِيدٌ مِنْ النَّاسِ َعِيدٌ مِنْ الْجَنَّةِ قَرِيبٌ مِنْ النَّارِ

Maksudnya: “Seorang dermawan dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan dekat dengan surga. Adapun orang yang kiikir jauh dari Allah, jauh dari manusia, jauh dari surga dan dekat dengan neraka.”[8]

Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

Maksudnya: “Di saat para hamba (memulai aktivitinya) di pagi hari, ada dua malaikat yang turun ke bumi. Salah satu dari mereka berdoa: ‘Ya Allah berilah penganti bagi orang yang mau berinfaq.’ Sedang yang satunya lagi berdoa: ‘Ya Allah berikan kehancuran kepada orang yang enggan berinfaq.’

Rasulullah s.a.w. sering menanamkan sikap kedermawanan ini kepada para sahabatnya. Abū Sa‘īd al-Khudrī menceritakan bahawa pada suatu saat, ketika Rasul berada dalam perjalanan, ada seseorang yang menaiki unta mendekati Beliau. Orang itu menengok ke kanan dan ke kiri (mencari barang atau makanan yang ia perlukan). Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa mempunyai kelebihan (makanan atau barang) yang berada di atas punggung tunggangannya, hendaknya dia memberikan kelebihan itu kepada orang yang punggung tunggangannya tidak ada barang apapun. Sesiapa mempunyai kelebihan bekal perjalanan, hendaknya memberikan kelebihan itu kepada orang yang tidak membawa bekal perjalanan.” Sehingga akhirnya kami tidak mempunyai kelebihan barang (kerana semuanya dibagi rata). (H. R. Muslim).

Rasulullah s.a.w. mengetahui bahawa kedermawanan mempunyai peran penting untuk mempererat persatuan umat. Ujian dan cobaan yang terjadi di tengah masyarkat dapat diatasi dengan kedermawanan ini. Dan dengan sifat mulia ini kasih sayang dan persaudaraan akan tertanam kuat di lubuk hati setiap insan Muslim.

[1]  Al-Syifā’, (1/58).[2]  Lihat Ihyā’ Ulūm al-Dīn, (3/223).[3]  Al-Mawāhib al-Laduniyyah, (hal. 209).[4] Al-Kasysyāf,  (1/546).[5]  Al-Sīrah karya Ibn Hisyām, (3/270).[6]  Al-Mawāhib al-Laduniyyah, (hal. 210).[7]  Al-Lu’lu’ wa al-Marjān, (1/244).
[8]  Taisīr al-Wusūl, (2/88).
Pos ini dipublikasikan di Sikap Murah Hati dan tag , , . Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s